Jumaat, Julai 17, 2009

Tak Tahu Malu! - Kursus Anjuran MARA bantu Usahawan Melayu

Pada tahun 1998 hingga 2002, SM selalu ikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Memang hebat kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA. Kursus paling hebat pernah SM ikuti di MARA ialah kursus yang berkonsep bina semangat kepada usahawan melayu yang terpilih. Kursus ni tidak semua peserta boleh ikuti. Banyak tapisan. Tak pasti ada lagi ke tidak kursus ini.

Kena pergi ikuti beberapa kursus dulu sebelum dipanggil untuk temuduga ikuti kursus ini. Hanya 30 peserta yang layak ikuti kursus ini. Selepas dipilih dan ditawarkan ikuti kursus ini, para peserta dikehendaki hadir kursus ini yang diadakan di beberapa tempat di negeri yang berasingan.

Kos kursus ini sepatutnya bernilai lebih RM3000 ringgit seorang tetapi mereka yang layak dan berjaya dalam tapisan hanya perlu bayar beberapa ratus ringgit sahaja. SM telah dimaklumkan oleh pihak MARA dulu bahawa mereka telah membeli silibus latihan kursus ini dari luar negara untuk melatih peserta bagi kursus yang khas ini.

Dalam kursus ini macam-macam diajar tentang perniagaan dan sikap yang perlu ada dalam diri seorang usahawan. Pernah ada beberapa kes yang peserta yang ikuti kursus ini telah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam perniagaan dan hanya layak makan gaji sahaja kerana beliau tidak mempunyai sikap sebagai seorang usahawan.

Memang ramai yang gagal selepas tamat kursus ini yang makan masa lebih kurang beberapa minggu. Masa SM pergi kursus ini, dari 30 yang hadir, hanya 7 yang lulus. Yang 7 tuu termasuk SM... hehe. Yang 7 tuu juga telah dianggap boleh berjaya dalam sebarang bidang pernigaan yang hendak diceburinya.

Apa yang SM belajar di kursus tuu? OK. SM bagi satu soalan CEPU EMAS. Apakah sikap/ciri seorang yang perlu ada dalam diri dia kalau hendak berkecimpung dan berjaya dalam bidang perniagaan?

Soalan ini pernah ditujukan kepada peserta yang mengikuti kursus ini. Ada yang bagi jawapan seperti semangat, usaha sungguh-sungguh, ada duit dan kewangan yang kukuh, yakin, rajin, kerja 18 jam, berani dan bermacam-macam jenis jawapan. Tapi seorang peserta pun gagal memberi jawapan yang TEPAT dan dikehendaki.

Jawapannya ialah... TAK TAHU MALU. Cuba renungkan sekejap. Orang yang ada sifat tak tahu malu sahaja yang boleh berkecimpung dalam perniagaan. Sebab tuu orang yang wat kerja seperti direct selling biasanya yang pandai dalam selok-belok bidang perniagaan. Orang tuu akan pergi setiap ceruk dan pelusuk kawasan untuk cari pelanggan beli barangnya. Orang yang ada sifat tak tahu malu juga akan buka warung di mana-mana atau naik van dan jual nasi lemak dan apa-apa makanan atau sebarang produk dalam menjalankan perniagaannya. Orang yang ada sifat tak tahu malu juga akan terus tidak putus asa membuka apa-apa pernigaan yang lain atau yang sama apabila perniagaan yang sebelumnya gagal. 9 dari 10 rezeki kita datang dari berniaga. Cuma kena pastikan rezeki tersebut halal atau tidak.

Inilah sifat yang perlu ada bagi seseoang yang hendak berkecimpung dalam bidang perniagaan iaitu 'TAK TAHU MALU'.gangster204 Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu dari SM mengenai ilmu perniagaan. Semoga kita semua diberkati oleh Tuhan yang maha Esa. Amin.

Tiada ulasan: