Ahad, Julai 19, 2009

Post Mortem Keputusan Kejohanan Catur Dun Sri Andalas@18 Julai 2009

Kejohanan ini telah tamat semalam. SM masih tunggu lagi pihak penganjur emel kat SM keputusan penuh bagi 3 kategori catur tersebut. Nak juga kita tahu apa cerita menarik yang telah berlaku semasa kejohanan ini dijalankan. Ok, ini cerita analisa kejohanan catur tersebut . SM tidak main di tourney ni sebab ada 2 kelas catur yang kebetulan juga SM buat di Klang tiap-tiap hari Sabtu. Lepas habis jee kelas catur, SM pergi ke Dewan Hamzah, MPK untuk buat liputan kejohanan tersebut. SM sampai di sana lebih kurang jam 3 petang. Sampai jee di sana, pihak penganjur bagi SM makan nasi ayam. hehe.. Sedapnya..rezeki jangan ditolak. Masa tuu memang tengah kelaparan sebab belum makan tengahari lagi.

nasi ayam Sedapnya dapat makan nasi ayam yang diberikan percuma oleh pihak penganjur sebaik sahaja SM tiba di tempat kejohanan jam 3 petang.

Bagi kategori terbuka, seramai 63 peserta telah mengambil bahagian. Kali ini tidak ramai ambil bahagian berbanding dengan kejohanan catur yang diadakan di Port Klang minggu lepas. Dari 63 peserta tersebut, 18 pemain adalah terdiri daripada pemain bertaraf PRO (N.R. 1650 dan ke atas) sama seperti jumlah pemain PRO yang ambil bahagian di Port Klang juga. Memang jarang kita lihat dalam satu kejohanan catur rapid, ada sejumlah pemain PRO seramai itu. Kalau dah ramai pemain PRO macam nii, memang biasanya pemain AMATUR (1650 dan kebawah) tiada harapan nak dapat Top 10 kerana semua sudah sedia maklum bahawa ‘level’ kekuatan pemain PRO adalah lebih tinggi daripada pemain AMATUR. Tekaan SM tepat lagi sekali, 14 pemain PRO telah menduduki 14 daripada 15 tempat teratas di kejohanan ini.

dun sri andalas result (open) Seorang sahaja pemain AMATUR yang berjaya dapat top 15 di kejohanan ini. Pemain ini juga pernah jadi pemain PRO dulu tetapi baru-baru ini N.R. beliau telah jatuh semula ke taraf AMATUR. Jadi SM anggap beliau ni mungkin taraf SEMI PRO :) .

ABCD0002Razali Hamzah (N.R. 1561) yang duduk di tengah, berjaya berada di kelompok pemain yang menduduki Top 10 di kejohanan ini. Merupakan satu-satunya pemain 'AMATUR' di kelompok tersebut. Beliau dikepit oleh Ahmad Rubel Abbas dan Sahir Sarifdin.

Keputusan seperti ini memang sudah biasa berlaku hampir di kesemua kejohanan catur di Malaysia, tiap-tiap tahun semenjak dulu lagi. Pemain PRO sentiasa menguasai setiap kejohanan catur terbuka.

Bagaimana kita hendak atasi masalah ini? Pada pendapat SM ialah ada beberapa cara iaitu antaranya, buat kursus latihan catur yang dikendalikan oleh pemain taraf PRO dan juga buat kejohanan catur yang hanya khusus untuk pemain AMATUR sahaja.

Herannya yek. Kat mana yang silapnya. Kenapa susah pemain AMATUR hendak atasi pemain PRO dalam sesuatu kejohanan catur dari segi kedudukan pemain. Contoh paling nyata ialah pada kejohanan di Port Klang Ahad lepas dan kejohanan catur DUN Sri Andalas yang tamat semalam. 14 pemain PRO menduduki 15 tempat terbaik. Biasanya pemain PRO ini akan silih berganti dapat kedudukan yang berbeza di kalangan pemain top 20 tetapi mereka kebanyakannya masih juga akan berada dalam kedudukan Top 20.

Seperti mana di artikel yang lepas, SM katakan iaitu Kelas Tambahan perlu dibuat untuk pemain AMATUR. Banyak perlu dipelajari dan diperbaiki antaranya ialah cara kita nak buat opening repertoir, cara betul kita nak belajar taktik, cara betul juga kita nak belajar endgame, tahu bagaimana nak faham positional, bagaimana nak belajar strategi dan apa kebaikan kefahaman strategi tersebut, topik catur apa yang perlu kita belajar tiap-tiap hari dan etc..

Berbalik semula kepada post mortem keputusan di Port Klang Ahad lepas, ada juga beberapa pemain PRO yang kena 'kejutan sementara' di kejohanan tersebut seperti Tun Sri Lanang (N.R. 1794) yang hanya menduduki tempat ke-33 dan NM Yeoh Chin Seng (N.R. 1908) pemain pilihan ke-2 tetapi hanya berjaya menduduki tempat ke-19.

Tetapi kali ini mereka telah kembali mendapat Top 10 semula. Tekaan SM tepat. Di kejohanan catur DUN Sri Andalas yang tamat semalam, Tun Sri Lanang (N.R. 1794) berjaya mendapat tempat ke-9 dan NM Yeoh Chin Seng (N.R. 1908) berjaya mendapat tempat ke-8.

ABCD0017 Hanya kejutan sementara buat pemain PRO. Tun Sri Lanang (N.R. 1794) berjaya dapat Top 10 semula di kejohanan catur DUN Sri Andalas yang tamat semalam. Sebelum ini beliau hanya menduduki tempat ke-33 di kejohanan catur terbuka Port Klang. Kali ini juga, pilihan pertama iaitu Ian Udani (N.R. 2083) yang kena kejutan sementara minggu lepas apabila hanya menduduki tempat ke-7 di kejohanan catur terbuka Port Klang, berjaya menjadi Johan di Kejohanan Catur DUN Sri Andalas semalam.

ABCD0012 Ian Udani (Johan) dan Faizal Andin (Naib Johan)

Seperti mana SM tulis di artikel Post Mortem baru-baru ini di blog stonemaster.info bahawa ini adalah kejutan buat sementara sahaja kerana mereka ini (pemain PRO) tetap akan dapat semula kedudukan yang baik apabila mereka sertai kejohanan yang lain. Kenapa? Sebab kalau kita buat analisa pemain PRO yang mempunyai N.R. atas 1700, SM rasa tidak pernah lagi jumpa mereka yang sudah cecah N.R. 1700 boleh jatuh sampai 1600 ke bawah. Mereka tetap akan boleh menang hadiah utama semula. Heran ker. Tidak perlu heran sebab SKILL pemain catur (PRO dan AMATUR) biasanya tidak boleh hilang cuma boleh 'BERKARAT' sahaja kalau dah lama tidak main catur. Satu kes yang tiada kaitan dengan BERKARAT ialah pemain yang dapat naib johan kejohanan DUN Sri Andalas iaitu Faizal Andin dari Sabah. Beliau adalah pemain PRO yang handal juga yang mempunyai N.R 1744. Tak silap SM, dah lebih 5 bulan beliau tidak masuk kejohanan catur. Beliau mengatakan bahawa beliau sedang sibuk buat part time kerja dan lagi 2 bulan baru tamat belajar.

Apabila beliau ambil bahagian di kejohanan DUN Sri Andalas, ramai pemain PRO lain sudah lupa STYLE permainan beliau. Pada pendapat SM, beliau ni adalah antara pemain catur yang paling laju buat gerakan buah catur (laju semacam) di Malaysia tapi setiap pergerakan beliau ada makna dan berbisa juga. SM pernah menentang beliau di satu kejohanan catur dulu di mana masa SM tinggal 1 minit sahaja tapi masa Faizal Andin cuma baru gunakan 5 minit. Tapi akhirnya game tu jadi SERI sebab beliau kena perpetual check. Kalau beliau xnak kena pepetual check, beliau akan terkena check mate. hehehe :).

Satu lagi cerita yang menarik ialah tentang PRESTASI adik Yeoh Li Tian. Untuk bulan nii saja, sudah 2 kali berturut-turut adik Yeoh Li Tian berjaya dapat Top 10 di kejohanan catur terbuka yang disertainya iaitu Kejohanan Catur Terbuka Port Klang yang diadakan minggu lepas dan Kejohanan Catur Terbuka DUN Sri Andalas yang diadakan semalam. Umur beliau hanya baru 10 tahun pada tahun ini.

like father like sonNational Master Yeoh Chin Seng dan anaknya Yeoh Li Tian.

Ok, setakat sini dulu Post Mortem SM mengenai kejohanan ini.

Jangan lupa semua, kepada sesiapa yang berminat hendak sertai Bengkel Kecemerlangan Catur 26 Julai ini di Excel Chess Academy, OUG Kuala Lumpur sila sms nama penuh dan N.R. sekiranya ada.

Untuk maklumat semua, Bengkel ini ada 2 aktiviti iaitu seminar latihan catur pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari dan MINI tourney 10 minit yang bermula pada jam 2 petang hingga 4 petang. Sekiranya ingin sertai salah satu aktiviti tersebut, yuran penyertaannya ialah RM15. Sekiranya ingin sertai kedua-dua aktiviti tersebut, yurannya hanya RM20 sahaja.pendaftaran bengkel

Klik imej di sebelah untuk melihat senarai nama peserta (Pra daftar). Jumpa anda di sana nanti!

Tiada ulasan: