Rabu, Julai 22, 2009

MY Tabung Syiling

Ini adalah tabung duit syiling SM.

Tabiat menabung duit syiling adalah sangat digalakkan di kalangan remaja lagi. Tapi sekarang ni, bapak budak pun dah mula juga ada tabiat menabung duit syiling seperti contohnya SM sendiri. Gambar di atas adalah tabung siling SM yang SM dapat percuma masa buka akaun AMBANK tahun lepas. Rupanya kalau masukkan duit minimum RM200 masa nak buka akaun simpanan, kita akan diberikan percuma 1 tabung syiling AMBANK.

Yang specialnya tentang tabung ini ialah kita xdapat keluarkan duit syiling ini lepas masukkan duit syiling dalam tabung ini. Kita terpaksa pergi ke bank AMBANK dan mereka ada kunci khas untuk buka tabung ini dan duit syiling tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun AMBANK kita dan dari sana boleh ambil duit tersebut.

Setiap 2 bulan SM akan hantar tabung ini ke bank untuk salurkan duit syiling dalam tabung ini ke buku akaun bank SM. Biasanya lebih kurang RM60-RM80 duit syiling akan berada dalam tabung ini setiap 2 bulan. Dah mula jadi tabiat SM sekarang masuk duit dalam tabung ini. hehehe

Tiada ulasan: