Ahad, Julai 26, 2009

Gambar-gambar & post mortem Bengkel Kecemerlangan Catur @ 26 Julai 2009

ABCD0002 Lokasi: Excel Chess Academy, OUG Kuala Lumpur. Jam sudah hampir pukul 9 tapi para peserta masih lagi belum sampai untuk mendaftarkan diri…mana mereka pergi ni…mungkin masih lagi tidur sebab pagi ni hujan…

Semalam juga ada beberapa peserta yang dah pra daftar beritahu SM mereka tak dapat datang untuk menghadiri bengkel kali ini.

ABCD0004ABCD0005

Bengkel Kecemerlangan Catur ini tetap dijalankan dengan lancarnya dengan kehadiran seramai 14 orang peserta. 70% daripada peserta di bengkel ini terdiri daripada peserta dewasa. 3 peserta tiada rating kebangsaan manakala yang lainnya sudah mempunyai rating kebangsaan antara 1200 – 1600.

ABCD0008 ABCD0009

Para peserta tekun mendengar penerangan yang disampaikan. Topik yang dibincangkan kali ini adalah ‘TakTik’. Memang seronok dan banyak perkara yang telah SM kongsikan bersama para peserta. Nampaknya para peserta begitu berminat mendalami topik ini dan mereka turut mengajukan beberapa soalan untuk dibincangkan.

ABCD0010IMG0049A

Kelas dan sessi soal jawab di bengkel ini tamat hampir pukul 1 tengahari. Selepas berehat tengahari, para peserta kembali semula untuk sessi kejohanan catur mini rapid 10 minit yang bermula pada pukul 2.30 petang. 3 peserta yang datang dari Melaka tak dapat turut sama kerana terpaksa balik awal. Walaubagaimanapun, seorang lagi peserta baru telah datang di sebelah petang untuk bermain di kejohanan ini.

ABCD0011ABCD0012

Kelihatan 'Veteran Master', Mat Zaki Yeop ber'teman'kan air Power Root Tongkat Ali...

sharill izmi IMG0034A IMG0035A IMG0039A IMG0046Amaxxcontrol macho hehe jauhnyee menung IMG0051A izuddin ahayat IMG0055A muhamad farid ahmad faizal joshua foong chek kin keuw IMG0063A

Di pusingan akhir:

last round mamat hensem IMG0066A IMG0067A

Majlis penutup dan penyampaian hadiah:

prizes and certs closing

Hadiah,sijil dan nota yang disediakan untuk para peserta bengkel. Pukul 4 petang, para peserta telah selesai bermain pusingan 4 dan bersedia untuk majlis penutup.

closing closing

Inilah gambar para pemenang hadiah di kejohanan catur mini:

Muhamad Farid Mohd Fathil - 8th Joshua Foong -7th Mohamed Ismail - 6th Mat Zaki Yeop - 5th Khairul Azam Mastuki - 4th Izuddin Ahayat - 3rd Chek Kin Keuw - 2nd Abd Rashid Mohd Salleh - Champion

Kerana tiada pemain wanita, hadiah tambahan untuk kategori ‘best lady’ telah diberi kepada peserta berikutnya. Para pemenang di kejohanan mini ini adalah:

1 Abd Rashid Mohd Salleh 3.5 9.0 7.75

2. Chek Kin Keuw 3.0 8.0 4.50

3. Izuddin Ahayat 2.5 10.0 5.25

4. Khairul Azam Mastuki 2.5 9.5 5.25

5. Mat Zaki Yeop 2.5 8.5 4.75

6. Mohamed b Ismail 2.0 10.0 4.50

7. Joshua Foong 2.0 8.0 3.00

8. Muhamad Farid Mohd Fathil 2.0 6.0 2.00

TAHNIAH!!

Pemenang cabutan bertuah :

Appanah A/L KanaraoAbd Rashid Mohd SallehMuhd Hanif Muhd Nizam

K.Appanah, Abd Rashid dan Muhd Hanif adalah peserta yang bertuah kali ini dan mereka menerima baucar cenderahati premium BSN. Nilai baucar tersebut perlu ditukarkan ke bentuk Sijil Simpanan Premium untuk melayakkan diri dalam cabutan seterusnya yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan termasuk kereta BMW. Jangan lupa bagitau SM kalau menang, ok hehe

JUMPA LAGI DI BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR YANG SETERUSNYA PADA 16 OGOS NANTI!! 

Tiada ulasan: