Selasa, Julai 21, 2009

SM suka beli Chess Life Magazine

SM suka sangat beli majalah catur Chess Life dari USA. Boleh dikatakan setiap bulan SM akan pergi ke kedai buku dan cuba dapatkan senaskah Chess Life tersebut. Tapi bukan senang nak dapat majalah nii. Kadang-kadang 2 bulan sekali baru sampai keluaran terbaru majalah itu dan dijual di kedai-kedai buku seperti di MPH atau BORDERS. Tapi ada satu kedai buku yang menarik sekali yang terletak di tingkat 3, Sungai Wang, KL. Sama dengan tempat IT Sungai Wang Plaza. Cuba cari kedai buku tersebut. Tak silap SM, hanya ada 2 kedai buku sahaja di sana.

Minggu lepas SM beli Chess Life keluaran November 2008 di kedai tersebut.


Apa yang menarik tentang kedai ini ialah, kedai ini menjual Chess Life yang keluarannya sudah 6 bulan atau 1 tahun lamanya. Walaupun bukan keluaran yang terbaru tapi majalah itu baru. hehe. Dijual dengan harga RM9.90 senaskah. Tapi tiap-tiap bulan mesti ada 1 keluaran Chess Life yang lama. SM dah 7 bulan berturut-turut dapat beli Chess Life di kedai tersebut. Kalau sapa-sapa yang berminat nak beli majalah catur ini untuk koleksi, cubalah jengok-jengok di sana.

Tiada ulasan: