Jumaat, Julai 17, 2009

Makan Nasi Daun Pisang - Ada PETUA Dan Cara Tertibnya

nasi daun pisang


Makan nasi daun pisang adalah salah satu cara makanan yang SM gemari. Biasanya sebulan sekali SM makan cara cam ni. Makan cara cam ni biasa terdapat di restoran 'mamak' atau restoran 'india'. Gambar di atas diambil semalam oleh SM. Kelihatan 1 set yang standard kalau makan nasi dengan daun pisang. Kita boleh order lauk sampingan seperti ikan goreng, ayam goreng atau ayam/daging yang berkuah.


Sejak kecil lagi SM dah pandai makan cara cam nii. Aroma daun pisangnya yang menyebabkan kita ada selera nak makan. Tetapi apakah petua atau tertib kalau nak makan cara ni. Sejak kecil lagi, SM diajar kalau lepas makan nasi daun pisang, pastikan kita tutup daun pisang itu dari atas ke bawah dan bukan dari bawah ke atas. Sampai sekarang SM ikut petua tuu. Ntah napa kena buat cam tu tapi SM dah biasa buat begitu.


Harga bagi makan nasi daun pisang dengan 1 lauk sampingan seperti ikan goreng adalah RM8 - RM10

Tiada ulasan: