Isnin, Julai 20, 2009

Harry Potter and the Half Blood Prince

Lepas tonton cerita ni di panggung wayang semalam, dapat SM buat kesimpulan bahawa ia tidak berapa sesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah 18 tahun. 1/4 dari jalan ceritanya banyak mengisahkan tentang cinta remaja seperti cemburu, cumbuan dan cinta 3 bersegi. hehe. Biasalah kalau mat salleh buat jalan cerita yang ada kaitan dengan cinta, adegan cium-cium tuu dah biasa bagi mereka. Tapi banyak juga unsur lawak jenaka yang diselitkan dalam cerita ni boleh kira sangat kelakar juga seperti rakan Harry Potter, Ron terkena sumpahan love potion. Sebab tuu citer ni boleh dapat sambutan hangat. Selepas baru 5 hari filem ini ditayangkan, kutipan wang hasil jualan tiket di Amerika dah hampir cecah $160 juta dollar.

SM sempat senyap2 tangkap gambar ini dalam panggung wayang. hehehe. Salah satu adegan cium Harry Potter bersama aweqnya. 1/4 jalan cerita ini banyak kepada unsur cemburu, cinta 3 segi dan cumbuan. Filem ini nampak macam sesuai kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja (18SX).

Ini adalah cerita Harry Potter yang ke-6. Jadi kanak-kanak yang kecil yang telah tengok citer ini sejak ia mula ditayangkan di panggung wayang beberapa tahun lepas sudah besar-besar belaka (remaja) sama seperti pelakon-pelakon utama citer ini yang dah besar memanjang. Jadi tidak heran cerita ini dapat sambutan luar biasa kerana ada pengikut setia yang terdiri dari kanak-kanak yang telah sama-sama mengikuti cerita wayang Harry Potter dari episod pertama hingga ke-6.

Lagi satu gambar SM sempat tangkap masa dalam panggung wayang.

Nampak gaya, pengkritik citer nii ada yang bagi komen yang baik-baik tentang jalan cerita Harry Potter ini , bukan seperti cerita Transformers yang kena kutuk abis-abisan oleh pengkritik. Tapi semua sudah sedia maklum dari artikel SM di stonemaster.info yang cerita Transformers ini kira box office juga dengan kutipan tadi pagi kalau kita rujuk di yahoo movies, dah cecah $363 juta dollar. Tapi citer Transformers ni SM rasa sesuai ditonton oleh kanak-kanak juga sebab ia macam seperti citer sekadar hiburan sahaja di samping teknologi grafik 3D yang begitu menakjubkan. Kesimpulannya setiap citer wayang ada peminat setianya sendiri.

Link

Percaya tak kalau SM kata semalam, masa tengok wayang Harry Potter , penonton yang duduk di sebelah kiri SM tertidur dan penonton yang dok sebelah kanan SM asyik menguap jee. Kenapa yek? Sebab citer nii banyak bercakap jee. Macam citer triller n suspen, citer Harry Potter ni xbanyak lawan n xbanyak letup sini n pecah sana. Dan boleh dikatakan 1/4 jalan citer ini banyak dot dot dot sahaja. Cerita ini makan masa 2 jam 20 minit.