Sabtu, Julai 18, 2009

Mana satu Nasi Kandar paling sedap di Pulau Pinang

Nasi Kandar Line Clear



Nasi Kandar Kapitan

Bulan lepas SM 2 minggu lepak di Pulau Pinang. Di sana, kalau dah sampai, orang kata 'tak sah' kalau tak pekena nasi kandar original penang. SM telah dicadangkan oleh orang-orang sana supaya cuba rasa makan di 2 tempat yang terkenal iaitu di warung nasi kandar line clear dan juga warung nasi kandar yang terletak di sebelah masjid kapitan.
SM pergi ke dua-dua tempat tersebut untuk cuba try mana satu nasi kandar yang lebih sedap. SM dah cuba kedua-duanya dan memang boleh tahan rasanya. Sama-sama sedap. Nasi kandar tersebut mempunyai rasa sedap yang tersendiri. Tapi semua, nak juga SM bagi satu jee tempat yang paling sedap makan nasi kadar line clear yang SM rasa paling sedap. Kenapa? Sebab macam-macam ada. Lauknya banyak pilihan. Ayam, daging, telur dadar dan etc.. semuanya besar-besar. Kira puas makan di sana. SM suka nasi kandar yang campur ayam peha yang masak kicap, campur dengan telur dadar dan juga bendi rebus dan telur dadar dan letak juga telur sotong dan kuah campur. hehehe. So kalau pergi Pulau Pinang, jangan lupa singgah 2 tempat tersebut. Kedua-dua warung tersebut terletak berdekatan dengan kawasan pekan. Warung Nasi Kandar 'Line Clear' terletak dekat sikit dengan Komtar. Selamat mencuba makan nasi kandar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nasi kandar pelita kat bayan baru lg sedap lah! :P